Tuesday 6 December 2011

sekecil kudratku

bismillah




Subhanallah...
besar sungguh ujianMu kepada ku.. tak pernah terlintas di hatiku utk aku lalui semua ini.. begitu kecil kudratku yg menggalas ujian mu... sesungguhNya pernah di satu ketika aku lupa utk menadah tangan kepadaMu dalam suka ku.. ketika ku berada di atas aku alpa.. tidak ku tahu bahawa kebahagiaan dan ketenangan hari ini bila ku dekatkan hati ini kepadaMu. di saat ku tersungkur, hanya air mata yg mampu mengalir. tetapi ku tahu, di manakah letaknya iman ku sekiranya aku terus membiarkan diriku tersungkur..

aku tidak mahu berpatah balik pada masa lampau ku. masa yg aku sia-siakan, waktu ibadat yang aku abaikan, rambut yg aku pamerkan. sungguh diri ini berasa begitu hina. tuhan mengajarku memberikan ku peluang utk membetulkan yg salah, menemukan ku dgn orang yg tidak menghargai, mengajar aku erti kasih syg sebenar, cinta yg hakiki dan keluarga yang bahagia.. yang baik dan yg buruk adalah semua ujian kepadaku..

jujur kasihku kepada manusia sebelum ini melampui kasihku kepada Allah, kpd ibu bapa ku kepada keluarga ku. itu satu kesilapan yg juga tidak mahu aku ulangi.. benarlah kata org, cinta kepada Allah adalah cinta yg hakiki, cinta kepada ibu bapa adalah cinta yg berkekalan. tidak mahu lagi kukenang segalanya yg pernah tertulis di atas kebodohan ku sndiri.. aku diuji dengan cinta manusia yg memberiku tamparan yg hebat. kepercayaan yg dimainkan, kejujuran yg dipersiakan. tidak ku salahkan sesiapa.. pokok pangkalnya dari diri sndiri.. anugerah Allah kepadaku disia-siakan.. tidak ku guna mata utk melihat, tidak ku guna telinga untuk mendengar, tidak ku guna mulut utk bersuara, tidak guna akal utk berfikir.. kerana hati dikawal pemikiran kolot, yg aku nampak salah aku benarkan. sabarku di peralatkan...sesungguhnya Allah maha agung membuka mata ku satu persatu.. di situ aku tahu nilai persahabatan, di situ aku tahu nilai kebahagian dan kesengsaraan.

benarlah hidup ibarat roda.. kadangkala kita di atas, dan kadangkala kita di bawah. tidak ku pinta dia hadir kembali menagih kasihku. tidak sanggup kudengar segala rintihan. ya mungkin dia pernah menghukum aku, melukakan aku, tp tidak sanggup aku lihat dia terluka kerana aku tahu sakitnya tidak kepalang. tetapi semuanya sudah terlambat.. aku telah memulakan langkahku yg baru. tidak ku membenci... aku maafkan segala-galanya dan aku juga memohon keampunan supaya hidup kami lebih tenang dan tabah. aku dekatkan diri aku dengan Dia.. kerana Dia lebih mengerti. Dia lebih memahami dan memberikan ku ketenangan yg tiada bandingnya.

doaku:


Ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.


dan juga tidaklah aku letakkan diriku sebagai seorang manusia yg baik. aku juga tidak terlepas dari membuat kesilapan..yg disengajakan ataupun yg tidak disengajakan...maafkan aku atas segala silapku kepada sesiapa sahaja yg pernah aku sakiti. aku sedang belajar membetulkan silapku, mendekatkan diri aku supaya suatu hari nnt aku menjadi yg lebih baik. aku mencontohi yg patut dicontohi, dan mengambil iktibar daripada teladan. aku sentiasa bermohon supaya aku sentiasa mendapat rahmatnya dan sentiasa dikurniakan hidayahnya.

setiap ujian dan musibah yg mendatang, tabahlah... mungkin hati berasa kita adalah yg paling malang, tetapi ada yg lebih menderita.. bersyukurlah dgn apa yg Allah kirimkan.

sesungguhnya, bersabar itu banyak ganjarannya. percayalah suatu hari nnt, ada kebahagiaan yg abadi menunggu.. jika bukan di sini, InsyaAllah di sana kelak. wassalam.

Hati dan jiwa perlu sentiasa terarah kepada Allah. Saat hati dan jiwa terpaling dari Allah, sesaat itu juga rasa hubungan dan getaran tadi hilang entah ke mana dan kita terpinga-pinga mencari kembali kesedaran itu semula.


"...Boeh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." -(surah Al-Baqarah :216)





regards,
Fatin Zulfah Alias


He will always be with you :)

2 comments:

  1. harap kebahagian akan datang dalam hidup kamu nnt.. insyallah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah thank you very much :)

    ReplyDelete