Saturday 11 August 2012

short update :)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :)


Alhamdulillah. Will be featured in DARA.COM october 12' issue.
makeup theme: sakura
MUA: Lyana Dee


Gorgeous Diana Amir. Teladan yang baik. Alhamdulillah. Very Insipiring. :)



regards.
Fatin Zulfah Alias

Friday 3 August 2012

Di mana bahagia jika............. (PART 1)

Di mana bahagia jika???? (mood sangat serious dan ingin bersastera)

tiada redha di hati..

AL-MUKADIMAH. melepaskan sesuatu dengan ikhlas hati untuk sesuatu yang tidak diizinkan tuhan untuk menjadi milik kita ataupun tidak berpeluang untuk kita menikmatinya adalah laluan pertama untuk merasai bahagia. manusia sentiasa berasa terikat dengan sesuatu kebiasaan di dalam hidupnya sehingga apabila terjadi sesuatu yang tidak di duga ataupun yang mencabar kemampuan akalnya untuk berfikir dan membendung hatinya untuk menerima dengan redha atas apa yang berlaku.


skrip atau olahan cerita: Fatin Zulfah alias
status: hak cipta terpelihara

cerita yang dikarang dan watak yang wujud dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. cerita ini adalah untuk dijadikan gambaran kepada isu di atas bertujuan untuk memberi penjelasan dan gambaran yang lebih tepat. sekali lagi diingatkan cerita ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak, jika mempunyai unsur persamaan ianya adalah kebetulan semata. terima kasih.

AL-CONTOH. keadaan yang biasa menjadi lumrah untuk menunjukkan situasi ini adalah di mana seorang wanita yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk "cowok/pacar/kekasih gelap/tunang/suami" ataupun kaum yang diklasifikasikan sebagai pria terhebat walaupun sebenarnya yang hebat tersebut adalah kata-katanya. mereka digelar manusia yang maha "sweet talker" ataupun diidentifikasikan sebagai "pecakap manis". perempuan yang hatinya ego pada tahap dewa pun boleh dicairkan dgn hanya kata-kata dan janji haram (kerana kepalsuan yang dibentuk, maka ianya adalah haram) dan janji haram tetap haram apabila kata-kata manis dan janji tersebut tersemat hanya sebagai sejarah tanpa sebarang realiti setelah si perempuan menanti hampir 10 tahun untuk sang pria merenangi lautan api (orang melayu selalu janji begini yang sememangnya orang tak waras pun takkan berjanji mcm ni). (al-contoh: jgn tanya kenapa ada "al" di hadapan. mungkin hanya simbolik bahasa arab untuk menyedapkan hujah).

diringkaskan situasi yang penuh tekanan ini:

di awal perkenalan, si lelaki memperkenalkan dirinya sebangai manager syarikat wallahualam. fizikal memang  
memikat selera tak terkata. perucapan kalah ahli diplomat. memandu laju kereta mewah yang tidak diketahui identitinya. ketika keluar bersama ada sahaja yang menelefon dan sengaja suaranya dikuatkan kononnya berbincang pasal million dollar project yang wujudnya dalam drama sebabak itu sahaja.

Watak lelaki miang:
profil palsu: (nama samaran ketika menjadi playboy)
nama: Daniel Cullen Tan Sri Reeves (mungkin tampan seperti vampire)
pekerjaan: managing director Maju Jaya Holdings
status: bujang terlajak (kerana sibuk menguruskan syarikat)
alasan tidak berkahwin: belum jumpa yang sesuai. sebelum ni asyik jumpa perempuan "gillette venus" (pisau cukur). dan lebih cliche lagi belum jumpa yang diidamkan (waklu)

status sebenar: (berdasarkan jabatan pendaftaran negara)
nama: Mohd Karim Bin Wak Korjo
pekerjaan: pemandu peribadi kepada Tan Sri Reeves (wujud-identiti ditukar kepada bapanya dlm profil                   palsu)
status: sudah berkahwin dan ayah kepada 6 orang anak.

Watak perempuan naif yang malang:
nama: siti nur iman
pekerjaan: pensyarah kolej swasta
status: bujang (pernah putus cinta sekali waktu zaman sekolah dan dah serik)

Al-KISAH. selepas menipu, ditipu dan tertipu, perempuan tersebut sudah menjadi gila bayang. Si Intan asyik bertanya kepada si Daniel, "Bila kita nak kahwin ni bang? mak selalu tanya pasal kita..."

Si miang menjawab dan liuk lentok yang mcm sotong (konon-kononnya sweet), "hmmm abang bz la skrg uruskan projek kat istambul tu. ayang kan tau menara tu 587 tingkat. kalau siap projek tu kita kahwin. lepas ni ayang tak payah susah kerja.. duit semua terpijak je, nak shopping hari2 pun boleh. abang janji ok?" (sambil menghulurkan jari buat sign promise)

Lalu, perempuan tersebut yang sudah termakan dengan santau ayat manis tersebut tersenyum girang. lebih memualkan, bila si miang pandang perempuan tersebut sambil berkata, "haaa kan manis kalau senyum mcm ni" (sambil cuit pipi si naif lalu membuat trademark iklan fair and lovely "tiap hari sayang")

hari-hari cakap pasal kahwin tapi tak kahwin-kahwin juga..

tupai yang melompat akhirnya jatuh ke tanah sebab tersalah bajet landing mark. oopsss


bermulalah kisah sendu....

"sampai hati abang buat ayang mcm ni.. abg tipu ayang.. kenapa abg ckp abang manager! padahal abg tu driver!" sambil menangis teresak-esak dan memukul bahu sang miang tersebut.

"bukan abg berniat nak tipu.. kalau abg terus terang kat ayang.. mesti ayang tanak kat abg time tu.. abg betul2 jatuh cinta dgn ayat pada pandangan pertama.." lalu berpaling ke belakang dan menitiskan eyemore ke dalam matanya berpura-pura comel bila menangis.

hati perempuan tersentuh....

"lagi satu, abg ada benda nak mengaku..." lelaki tersebut pause... si naif terkaku menunggu si miang untuk bersuara.. "apa dia abg?" si naif berkata dalam nada yang tersekat-sekat kerana sudah menangis sebaldi. "abang sebenarnya...seee..bee..narnyaaaa dah kahwin.. dah ada anak 6.. tp setakat ni isteri yang sah masih satu.. kalau ayang sudi.. nak masuk dua......" sambil buat muka tak bersalah tiada perasaan. (dalam hati berkata, lelaki boleh kahwin 4 apa)

yang terkeluar dari mulut perempuan tersebut hanyalah air liur kerana sudah sawan.. tiada kata-kata yang mampu diucapkan

si perempuan pengsan...sejam kemudian, dia menangis lagi tetapi setelah dipujuk2, dia bersetuju untuk berkahwin dengan si hidung belang yang miang dengan alasan setiap manusia buat silap. si naif tidak pernah memilih orang untuk dijadikan suaminya.. dia redha kalau lelaki hidung belang yang miang itu menjadi suaminya kerana dia telah bercinta dgn lelaki tersebut selama hampir 3 tahun.

padanya... kalau x kahwin buang masa... dah kenal hati budi lelaki tersebut.. dah biasa dengannya.. tiada lelaki yang dpt mencairkan hatinya seperti yang hidung belang boleh lakukan. si naif sudah penat mencari teman hidup dan percaya ini takdirnya.. (seperti yang saya hujahkan-tidak boleh melepaskan sesuatu pergi sedangkan dia boleh mencari kebahagiaan yang sebenar daripada terseksa dgn kemudian hari)

walaupun Allah memberikan petunjuk, tetapi perempuan ini tetap dgn cintanya. disinilah bukti mengapa cinta itu buta. (ish ish ish)

lalu, kahwinlah mereka. semua kos perkahwinan ditanggung berehhhh oleh si naif yang tidak kedekut.

setiap hari yang dilalui, si naif terpaksa bekerja keras untuk menyara hidung belang kerana hidung belang sendiri tidak mampu memberikan nafkah secara zahir malah si naif terpaksa pula menanggung perbelanjaan anak-anak si miang. anak-anak makin membesar, ada yang nak masuk universiti, masih bersekolah, dan isteri pertama sedang mengandung anak ketujuh) LOL

hari-hari hidup si naif tidak terlepas daripada menitiskan air mata menangis meratapi nasib.. untuk menyedapkan hati.. dia selalu berkata dan berdoa, "aku redha sekiranya ini ujianMu untuk ku"

walhal perkara ini boleh difikirkan secara waras sebelum berlakunya akad nikah tersebut.

si suami nak balik rumah si naif suka hati.. nak call suka hati bila time free dan terpaksa cakap dalam toilet takut isteri pertama dengar sebab isteri pertama garang mcm singa. bila nak duit buat ayat sedih baru nampak batang hidung di rumah si naif.

dalam hal ini sebenarnya si perempuan boleh melakukan prosiding fasakh daripada mahkamah kerana si suami tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dan nafkah pun tak pernah bagi.. lelaki ini dikategorikan sebagai dayus.. dayus bukan hanya termaktub untuk lelaki yang kaki pukul sahaja.

tetapi....

si naif memang tabah... dia teruskan juga demi mencari bahagia di jannah.

(disebabkan itu Islam tidak mengharamkan penceraian sekiranya sesebuah perkahwinan memudaratkan)

akhirnya si singa garang yakni isteri pertama dapat tahu.. siapa yang tak marah. rasa ditipu, dikhianat, disia-siakan..

tetapi bukan melepaskan kemarahan tersebut kepada si miang. si singa juga telah terpedaya dengan kata-kata manis si miang...

lalu si singa pergi menerkam dan membaham si naif.. si naif tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada merintis kesedihan.

lelaki miang yang dayus tersebut sememangnya dayus mengambil keputusan untuk menceraikan si naif kerana tunduk dan akur pada si singa.. dan memberi alasan dia tidak boleh melepaskan isteri pertamanya kerana anak-anaknya lebih memerlukan dia sbg bapa..

seakan-akan menyalahkan si naif kerana mereka tidak dikurniakan cahaya mata.


si naif pun nangis tak berlagu......dan meratapi hari2 berlalu dengan penuh kekesalan...

ya si naif mmg menerima apa yang telah terjadi kepada dirinya sehingga sanggup menerima si miang walaupun berhadapan kebenaran yang menyakitkan.. ini bukan redha ini pasrah.. (macam dialoq lisa surihani dalam ombak rindu)

AL-KESIMPULAN. si naif sepatutnya redha dengan apa yang terjadi pada dirinya selepas tertipu.. dan sebaliknya harus meneruskan hidup dan tidak berputus asa berdoa kepada Allah semoga bertemu dengan yang lebih baik.. bukannya dengan memutuskan untuk bersama dengan orang yang telak berkongsi kasih sayang selama 3 tahun tetapi apa yang terjadi merupakan janji manis sahaja (replay lagu aisyah)

si naif sepatutnya membuka minda bukannya hati.. ketika itu Allah sudah memberikan petunjuk yang terbaik untuk dia sama ada mahu meneruskan atau tidak..

ucapan yang selalu didengari, sudah takdirnya..

permulaan sesuatu takdir dikarang oleh manusia itu sndiri. jika ianya tidak baik, dan Allah memberi petunjuk kepada kita, cubalah muhasabah diri dan berusaha melakukan sesuatu supaya pengakhirannya baik. kalau sekadar pasrah, memang takdir itu akan tetap disitu.

jangan takut untuk melepaskan sesuatu pergi kerana takut untuk memulakan sesuatu yang baru, kerana sudah byk masa yang dibazirkan dan kerana merasakan tidak ada yg lebih baik daripada apa yang dimiliki sekarang. bukan hanya dalam perhubungan tetapi dalam semua aspek hidup, pekerjaan, pelajaran, kesihatan, persahabatan, harta, ... etc.

redha dengan setiap apa yang terjadi dengan pengalaman tersebut dijadikan pengajaran dan tidak berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan menemui kebahagiaan dalam keredhaan Allah. inyaAllah.

percayalah Allah telah menetapkan sesuatu yang baik untuk setiap umatNya. semuanya terletak kepada diri kita untuk memilih yang benar dan yang salah.

doa yang boleh diamalkan untuk menenangkan hati. doa yang amat menarik hati saya

dipinjam daripada blog, Maria Elena, http://peliks.blogspot.com/



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 

Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah

wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali

dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas

wa a'udzubika minal jubni wal bukhli

dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut

wa a'udzubika min ghalabatid dayni

dan jauhkan dari belenggu hutang

wa qahrir rijal

dan paksaan orang lain


English translation: I seek refuge with Allah from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your Refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men

Amin amin ya rabbal alamin




semoga menemui bahagia dalam keredhaan Allah SWT




regards,
Fatin Zulfah Alias













Thursday 2 August 2012

Rahmat

Assalamualaikum wbt

now we're entering the 14th day of ramadhan.. cepat sangat masa berlalu.. sedar x sedar dah masuk second sem kat segi. cepat kan! im going through my finals soon. and whatever happened in my past really thought me to be wise, strong and give me another life. a fresh new life. i trust that Allah will never test someone that is unable to stand and go through the obstacles.

sincerely im not a person who like to reveal my personal things because for me its between me and the people around me.. but this time.. i just want to say that im really bless that Allah send me someone who i can rely on. but, i always keep in my mind, as i go through the cycle of life, people come n go. so disebabkan itu kita tak boleh bercakap tentang kepastian mengenai ajal, maut, rezeki dan jodoh. percaya pada qada' dan qadar.

tapi kita seharusnya bersyukur dengan apa yg Allah pinjamkan dan dgn apa yang Allah kurniakan kepada kita walaupun untuk sementara. i just pray for the best. kita merancang Allah yang menentukan.

A.A

i dont have to mention all the good deeds he had done to me..

but he's one of the rahmat that happened in my life.

he's willing to sacrifice for me. 

ya Allah, peliharalah iman dan hati kami ketika susah dan senang
Kau murahkanlah rezeki kami serta keluarga kami
semoga kami  dan keluarga tabah menghadapi setiap ujian yang Kau izinkan
semoga Kau memelihara kami dan keluarga kami dari segala keburukan dan fitnah manusia
Kau limpahkan rahmatMu ke atas kami
semoga kami sentiasa bertaqwa dan sentiasa bersyukur kepadaMu
semoga kami berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik 




regards,
Fatin Zulfah bt Alias