Thursday 8 November 2012

Assalamualaikum wbt

Hai para-para gadis-gadis jelitawan, kakak gadis cantik manis, mak gadis sekalian awet muda :p

Korang pernah dgr tak "Jelly Bunny" before this? Jelly Bunny ni adalah satu jenama kasut yg baru sgt masuk pasaran Malaysia dan satu-satu kedai Jelly Bunny yang ada kat Malaysia ni hanyalah di KLCC, berdekatan dgn Tong Pak Fu, UNIQLO dan Isetan- concourse floor. Kepada shoe lovers, i think you should grab one of them as your collection. Sangat pwetty okayyyy :P



Nak bagi korang cuci mata dan bagi hati korang melompat-lompat nak pergi Jelly Bunny :D Saksikanlah kecomelannya. Muahahahhaha (gelak jahat)

First launching of Jelly Bunny

 super comelssss kannn??

feeling ala-ala cinderella gituwww



just choose yours!

  

I chose this one because fall in love with the colour. 






Apa yang best tentang Jelly Bunny?
1) Dibuat daripada PVC yg sgt lembut dan selesa untuk kaki anda
2) Kasut berbau vanilla! so kaki anda akan berbau wangi sepanjang masa. 
p/s: jangan pulak makan kaki anda :P
3) Kaki anda tidak akan melecet
4) Harganya serendah RM29.90 dan ke atas!
5) Paper bag sangat cantik haha :D



Jelly Bunny <3




Malah saya telah sekali lagi pergi ke Jelly Bunny pada hari ahad untuk membawa sahabat gedik saya si Wani untuk membeli Jelly Bunny sebiji. LOL. sebiji? 



Anne Hathaway pun pakai Jelly Bunny! Jgn jeles uols ;B




So, cepat-cepatlah pergi bertandang ke Jelly Bunny ya.




Regards,
Fatin Zulfah Alias

Friday 26 October 2012

Hormat

Assalamualaikum wbt

ringkas bukan tajuk entry kali ini? hormat adalah perkara penting yang perlu ada dlm setiap interaksi. kenapa? supaya masyarakat/ keluarga/ sahabat senang untuk berhubung dgn kita tanpa ada perasaan yang tidak baik. bukannya susah untuk menghormati setiap orang yang berhubung dgn kita. hanya dgn bertutur dalam nada yg senang didengari itu sudah menggambarkan hormat. senyum itu juga tanda kita hormat.

ramai yang merasakan diri mereka bagus dan terbaik. di depan Maha Pencipta tiada siapa yang sempurna dan tiada sapa yang mampu mencapai kesempurnaan kerana kita adalah khalifahnya yang sering terdorong melakukan dosa. golongan yang bongkak selalu memandang rendah kepada manusia yang tidak setaraf dgnnya. semua yang dikecapi di dunia adalah sementara dan keseronokan itu juga sementara. kerana di dunia yang panjang nnt, tatkala dibangkitkan tiada lg status, kegemilangan, kuasa veto, wang ringgit... kerana di sisi tuhan kita semua sama sahaja. hanya mungkin kerana di dunia, golongan yang senang adalah golongan yang bertuah kerana berpeluang menikmati nikmat yang Allah SWT pinjamkan. ianya hanyalah PINJAMAN. nikmat itu juga adalah ujian.

I DON'T CARE WHETHER YOU ARE A SUPERSTAR OR YOU'RE THE RICHEST, BUT IF YOU DON'T RESPECT OTHERS, YOU ARE SAME TO NO VALUE AT ALL.

tp bukan semua manusia yang senang adalah sedemikian. ada di antara mereka yang masih menghormati yang susah, yang masih merendah diri, yang masih bertaqwa kepada penciptaNya dan yang masih mempunyai hati dan perasaan.

siapalah kita utk bersikap angkuh dan bongkak. sedangkan kita juga sama dijadikan daripada tanah sama seperti yang lain. rezeki setiap manusia adalah berbeza tp itu bukanlah alasan untuk kita tidak hormat kepada orang lain yang mungkin lebih rendah dari kita. ada juga manusia-manusia yang cemburu apabila melihat kejayaan atau kesenangan orang lain dan berusaha keras untuk menjatuhkannya. igtlah, jika ALLAH TIDAK MENGIZINKAN SESUATU TERJADI, DENGAN APA CARA SEKALIPUN IANYA TIDAK AKAN BERJAYA.


hormatlah sesama manusia. bukannya sukar malah kita akan lebih dihormati dan disegani. hormatlah dgn hati yang ikhlas bukan untuk dipuji.



regards,
Fatin Zulfah Alias

Monday 22 October 2012

Make Over





Assalamualaikum wbt

7-10-2012 saya ada join make over by qoma's boutique.
make over and photoshoot dibuat di Serindit Studio kat wangsa maju.
pukul 7.20 pagi da grak dari shah alam ditemani umi & adik bongsu nini.
nini tu x boleh nak tinggal. nanti bgn tdo nangis kalau umi takde kat sebelah. 
padahal umur dah 10 tahun haha. 


make up yg cantik ni hasil daripada MUA, kak ninie.


taraaaaaaaaaaaa ni la hasil gambar photoshoot :)




AUNA NAURA

Assalamualaikum. Berita gembira untuk penggemar tudung bawal/ square shawls. Collection pada kali ni diberi nama AUNA NAURA (bunga yang lemah lembut)











 

sesiapa yang berminat boleh la pergi ke page ni:

Wednesday 17 October 2012

zulfah's shawls


Assalamualaikum



hi semua...
jom tgk page ni and like.
bolehlah share page ni kat kawan-kawan through fb korang.
beberapa daripada anda akan dipilih sebagai yang bertuah utk memiliki
INSYIRAH SHAWL worth RM54
material yg digunakan sgt exculisive iaitu opal silk :)


Nak preview INSYIRAH SHAWL???




cantik kan??
so apa tunggu lagi..senang je.
just share page tu kat wall kawan-kawan and like :)


Regards, Fatin Zulfah Alias








let's get style

Assalamualaikum. 

Kerana "fashion" adalah kecintaanku, so aku dgn suka hati nak share mcm mana aku berfashion. not so in trend tapi aku pakai apa yg aku rasa cantik kat mata.. i just love the "masculine" element in fashion. nampak sangat cool! :D


so cuci lah mata k. mata tau boleh inspired the way you bring up yourself :B



Hijab: the patterned shawl is from sugarscarf

(kind of satin and I bought it at RM39 only)

Inner: I made it by myself 
(guna chiffon hantar jahit tepi and lilit mcm turban)

Blazer: Zara 
(black colour- material: jersey and mmg sgt comfort)

Flag Top: Zara 

Skinny Pants: Kitschen 
(very worth buying- 2 pairs at RM 89 if im not mistaken)

Shades: Rayban


Boots: Forever 21 






That's all <3


Regards, Fatin Zulfah Alias

Saturday 11 August 2012

short update :)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum :)


Alhamdulillah. Will be featured in DARA.COM october 12' issue.
makeup theme: sakura
MUA: Lyana Dee


Gorgeous Diana Amir. Teladan yang baik. Alhamdulillah. Very Insipiring. :)



regards.
Fatin Zulfah Alias

Friday 3 August 2012

Di mana bahagia jika............. (PART 1)

Di mana bahagia jika???? (mood sangat serious dan ingin bersastera)

tiada redha di hati..

AL-MUKADIMAH. melepaskan sesuatu dengan ikhlas hati untuk sesuatu yang tidak diizinkan tuhan untuk menjadi milik kita ataupun tidak berpeluang untuk kita menikmatinya adalah laluan pertama untuk merasai bahagia. manusia sentiasa berasa terikat dengan sesuatu kebiasaan di dalam hidupnya sehingga apabila terjadi sesuatu yang tidak di duga ataupun yang mencabar kemampuan akalnya untuk berfikir dan membendung hatinya untuk menerima dengan redha atas apa yang berlaku.


skrip atau olahan cerita: Fatin Zulfah alias
status: hak cipta terpelihara

cerita yang dikarang dan watak yang wujud dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. cerita ini adalah untuk dijadikan gambaran kepada isu di atas bertujuan untuk memberi penjelasan dan gambaran yang lebih tepat. sekali lagi diingatkan cerita ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak, jika mempunyai unsur persamaan ianya adalah kebetulan semata. terima kasih.

AL-CONTOH. keadaan yang biasa menjadi lumrah untuk menunjukkan situasi ini adalah di mana seorang wanita yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk "cowok/pacar/kekasih gelap/tunang/suami" ataupun kaum yang diklasifikasikan sebagai pria terhebat walaupun sebenarnya yang hebat tersebut adalah kata-katanya. mereka digelar manusia yang maha "sweet talker" ataupun diidentifikasikan sebagai "pecakap manis". perempuan yang hatinya ego pada tahap dewa pun boleh dicairkan dgn hanya kata-kata dan janji haram (kerana kepalsuan yang dibentuk, maka ianya adalah haram) dan janji haram tetap haram apabila kata-kata manis dan janji tersebut tersemat hanya sebagai sejarah tanpa sebarang realiti setelah si perempuan menanti hampir 10 tahun untuk sang pria merenangi lautan api (orang melayu selalu janji begini yang sememangnya orang tak waras pun takkan berjanji mcm ni). (al-contoh: jgn tanya kenapa ada "al" di hadapan. mungkin hanya simbolik bahasa arab untuk menyedapkan hujah).

diringkaskan situasi yang penuh tekanan ini:

di awal perkenalan, si lelaki memperkenalkan dirinya sebangai manager syarikat wallahualam. fizikal memang  
memikat selera tak terkata. perucapan kalah ahli diplomat. memandu laju kereta mewah yang tidak diketahui identitinya. ketika keluar bersama ada sahaja yang menelefon dan sengaja suaranya dikuatkan kononnya berbincang pasal million dollar project yang wujudnya dalam drama sebabak itu sahaja.

Watak lelaki miang:
profil palsu: (nama samaran ketika menjadi playboy)
nama: Daniel Cullen Tan Sri Reeves (mungkin tampan seperti vampire)
pekerjaan: managing director Maju Jaya Holdings
status: bujang terlajak (kerana sibuk menguruskan syarikat)
alasan tidak berkahwin: belum jumpa yang sesuai. sebelum ni asyik jumpa perempuan "gillette venus" (pisau cukur). dan lebih cliche lagi belum jumpa yang diidamkan (waklu)

status sebenar: (berdasarkan jabatan pendaftaran negara)
nama: Mohd Karim Bin Wak Korjo
pekerjaan: pemandu peribadi kepada Tan Sri Reeves (wujud-identiti ditukar kepada bapanya dlm profil                   palsu)
status: sudah berkahwin dan ayah kepada 6 orang anak.

Watak perempuan naif yang malang:
nama: siti nur iman
pekerjaan: pensyarah kolej swasta
status: bujang (pernah putus cinta sekali waktu zaman sekolah dan dah serik)

Al-KISAH. selepas menipu, ditipu dan tertipu, perempuan tersebut sudah menjadi gila bayang. Si Intan asyik bertanya kepada si Daniel, "Bila kita nak kahwin ni bang? mak selalu tanya pasal kita..."

Si miang menjawab dan liuk lentok yang mcm sotong (konon-kononnya sweet), "hmmm abang bz la skrg uruskan projek kat istambul tu. ayang kan tau menara tu 587 tingkat. kalau siap projek tu kita kahwin. lepas ni ayang tak payah susah kerja.. duit semua terpijak je, nak shopping hari2 pun boleh. abang janji ok?" (sambil menghulurkan jari buat sign promise)

Lalu, perempuan tersebut yang sudah termakan dengan santau ayat manis tersebut tersenyum girang. lebih memualkan, bila si miang pandang perempuan tersebut sambil berkata, "haaa kan manis kalau senyum mcm ni" (sambil cuit pipi si naif lalu membuat trademark iklan fair and lovely "tiap hari sayang")

hari-hari cakap pasal kahwin tapi tak kahwin-kahwin juga..

tupai yang melompat akhirnya jatuh ke tanah sebab tersalah bajet landing mark. oopsss


bermulalah kisah sendu....

"sampai hati abang buat ayang mcm ni.. abg tipu ayang.. kenapa abg ckp abang manager! padahal abg tu driver!" sambil menangis teresak-esak dan memukul bahu sang miang tersebut.

"bukan abg berniat nak tipu.. kalau abg terus terang kat ayang.. mesti ayang tanak kat abg time tu.. abg betul2 jatuh cinta dgn ayat pada pandangan pertama.." lalu berpaling ke belakang dan menitiskan eyemore ke dalam matanya berpura-pura comel bila menangis.

hati perempuan tersentuh....

"lagi satu, abg ada benda nak mengaku..." lelaki tersebut pause... si naif terkaku menunggu si miang untuk bersuara.. "apa dia abg?" si naif berkata dalam nada yang tersekat-sekat kerana sudah menangis sebaldi. "abang sebenarnya...seee..bee..narnyaaaa dah kahwin.. dah ada anak 6.. tp setakat ni isteri yang sah masih satu.. kalau ayang sudi.. nak masuk dua......" sambil buat muka tak bersalah tiada perasaan. (dalam hati berkata, lelaki boleh kahwin 4 apa)

yang terkeluar dari mulut perempuan tersebut hanyalah air liur kerana sudah sawan.. tiada kata-kata yang mampu diucapkan

si perempuan pengsan...sejam kemudian, dia menangis lagi tetapi setelah dipujuk2, dia bersetuju untuk berkahwin dengan si hidung belang yang miang dengan alasan setiap manusia buat silap. si naif tidak pernah memilih orang untuk dijadikan suaminya.. dia redha kalau lelaki hidung belang yang miang itu menjadi suaminya kerana dia telah bercinta dgn lelaki tersebut selama hampir 3 tahun.

padanya... kalau x kahwin buang masa... dah kenal hati budi lelaki tersebut.. dah biasa dengannya.. tiada lelaki yang dpt mencairkan hatinya seperti yang hidung belang boleh lakukan. si naif sudah penat mencari teman hidup dan percaya ini takdirnya.. (seperti yang saya hujahkan-tidak boleh melepaskan sesuatu pergi sedangkan dia boleh mencari kebahagiaan yang sebenar daripada terseksa dgn kemudian hari)

walaupun Allah memberikan petunjuk, tetapi perempuan ini tetap dgn cintanya. disinilah bukti mengapa cinta itu buta. (ish ish ish)

lalu, kahwinlah mereka. semua kos perkahwinan ditanggung berehhhh oleh si naif yang tidak kedekut.

setiap hari yang dilalui, si naif terpaksa bekerja keras untuk menyara hidung belang kerana hidung belang sendiri tidak mampu memberikan nafkah secara zahir malah si naif terpaksa pula menanggung perbelanjaan anak-anak si miang. anak-anak makin membesar, ada yang nak masuk universiti, masih bersekolah, dan isteri pertama sedang mengandung anak ketujuh) LOL

hari-hari hidup si naif tidak terlepas daripada menitiskan air mata menangis meratapi nasib.. untuk menyedapkan hati.. dia selalu berkata dan berdoa, "aku redha sekiranya ini ujianMu untuk ku"

walhal perkara ini boleh difikirkan secara waras sebelum berlakunya akad nikah tersebut.

si suami nak balik rumah si naif suka hati.. nak call suka hati bila time free dan terpaksa cakap dalam toilet takut isteri pertama dengar sebab isteri pertama garang mcm singa. bila nak duit buat ayat sedih baru nampak batang hidung di rumah si naif.

dalam hal ini sebenarnya si perempuan boleh melakukan prosiding fasakh daripada mahkamah kerana si suami tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dan nafkah pun tak pernah bagi.. lelaki ini dikategorikan sebagai dayus.. dayus bukan hanya termaktub untuk lelaki yang kaki pukul sahaja.

tetapi....

si naif memang tabah... dia teruskan juga demi mencari bahagia di jannah.

(disebabkan itu Islam tidak mengharamkan penceraian sekiranya sesebuah perkahwinan memudaratkan)

akhirnya si singa garang yakni isteri pertama dapat tahu.. siapa yang tak marah. rasa ditipu, dikhianat, disia-siakan..

tetapi bukan melepaskan kemarahan tersebut kepada si miang. si singa juga telah terpedaya dengan kata-kata manis si miang...

lalu si singa pergi menerkam dan membaham si naif.. si naif tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada merintis kesedihan.

lelaki miang yang dayus tersebut sememangnya dayus mengambil keputusan untuk menceraikan si naif kerana tunduk dan akur pada si singa.. dan memberi alasan dia tidak boleh melepaskan isteri pertamanya kerana anak-anaknya lebih memerlukan dia sbg bapa..

seakan-akan menyalahkan si naif kerana mereka tidak dikurniakan cahaya mata.


si naif pun nangis tak berlagu......dan meratapi hari2 berlalu dengan penuh kekesalan...

ya si naif mmg menerima apa yang telah terjadi kepada dirinya sehingga sanggup menerima si miang walaupun berhadapan kebenaran yang menyakitkan.. ini bukan redha ini pasrah.. (macam dialoq lisa surihani dalam ombak rindu)

AL-KESIMPULAN. si naif sepatutnya redha dengan apa yang terjadi pada dirinya selepas tertipu.. dan sebaliknya harus meneruskan hidup dan tidak berputus asa berdoa kepada Allah semoga bertemu dengan yang lebih baik.. bukannya dengan memutuskan untuk bersama dengan orang yang telak berkongsi kasih sayang selama 3 tahun tetapi apa yang terjadi merupakan janji manis sahaja (replay lagu aisyah)

si naif sepatutnya membuka minda bukannya hati.. ketika itu Allah sudah memberikan petunjuk yang terbaik untuk dia sama ada mahu meneruskan atau tidak..

ucapan yang selalu didengari, sudah takdirnya..

permulaan sesuatu takdir dikarang oleh manusia itu sndiri. jika ianya tidak baik, dan Allah memberi petunjuk kepada kita, cubalah muhasabah diri dan berusaha melakukan sesuatu supaya pengakhirannya baik. kalau sekadar pasrah, memang takdir itu akan tetap disitu.

jangan takut untuk melepaskan sesuatu pergi kerana takut untuk memulakan sesuatu yang baru, kerana sudah byk masa yang dibazirkan dan kerana merasakan tidak ada yg lebih baik daripada apa yang dimiliki sekarang. bukan hanya dalam perhubungan tetapi dalam semua aspek hidup, pekerjaan, pelajaran, kesihatan, persahabatan, harta, ... etc.

redha dengan setiap apa yang terjadi dengan pengalaman tersebut dijadikan pengajaran dan tidak berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan menemui kebahagiaan dalam keredhaan Allah. inyaAllah.

percayalah Allah telah menetapkan sesuatu yang baik untuk setiap umatNya. semuanya terletak kepada diri kita untuk memilih yang benar dan yang salah.

doa yang boleh diamalkan untuk menenangkan hati. doa yang amat menarik hati saya

dipinjam daripada blog, Maria Elena, http://peliks.blogspot.com/



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 

Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah

wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali

dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas

wa a'udzubika minal jubni wal bukhli

dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut

wa a'udzubika min ghalabatid dayni

dan jauhkan dari belenggu hutang

wa qahrir rijal

dan paksaan orang lain


English translation: I seek refuge with Allah from grief and distress, old age and laziness, miserliness and cowardice. I seek Your Refuge from the burden of being in debt and from being overcome by men

Amin amin ya rabbal alamin




semoga menemui bahagia dalam keredhaan Allah SWT




regards,
Fatin Zulfah Alias













Thursday 2 August 2012

Rahmat

Assalamualaikum wbt

now we're entering the 14th day of ramadhan.. cepat sangat masa berlalu.. sedar x sedar dah masuk second sem kat segi. cepat kan! im going through my finals soon. and whatever happened in my past really thought me to be wise, strong and give me another life. a fresh new life. i trust that Allah will never test someone that is unable to stand and go through the obstacles.

sincerely im not a person who like to reveal my personal things because for me its between me and the people around me.. but this time.. i just want to say that im really bless that Allah send me someone who i can rely on. but, i always keep in my mind, as i go through the cycle of life, people come n go. so disebabkan itu kita tak boleh bercakap tentang kepastian mengenai ajal, maut, rezeki dan jodoh. percaya pada qada' dan qadar.

tapi kita seharusnya bersyukur dengan apa yg Allah pinjamkan dan dgn apa yang Allah kurniakan kepada kita walaupun untuk sementara. i just pray for the best. kita merancang Allah yang menentukan.

A.A

i dont have to mention all the good deeds he had done to me..

but he's one of the rahmat that happened in my life.

he's willing to sacrifice for me. 

ya Allah, peliharalah iman dan hati kami ketika susah dan senang
Kau murahkanlah rezeki kami serta keluarga kami
semoga kami  dan keluarga tabah menghadapi setiap ujian yang Kau izinkan
semoga Kau memelihara kami dan keluarga kami dari segala keburukan dan fitnah manusia
Kau limpahkan rahmatMu ke atas kami
semoga kami sentiasa bertaqwa dan sentiasa bersyukur kepadaMu
semoga kami berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..

Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik 




regards,
Fatin Zulfah bt Alias

Tuesday 31 July 2012

where ever you stand never forget the sky above and the land where you stand

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah the life is getting stable day by day as i did not get myself contaminated with things that might give burden to my brain to process and bla bla bla.

as for me, half of the things that i wrote in my wishlist are beyond our imagination as i know i never wanted something that is ordinary. i always keep in my mind to be out of normal which is extraordinary. keeping the life along with this demanding world full of successful people make me remind myself that i have to stand in that group. be somebody respectful to the society and be the idol that portrays a motivation and give some of them the spirit that they need to rejuvenate their self esteem. it is not easy to stand after you fall down.. sometimes you dont even fall but you roll down. in what ever condition your heart might be, always make yourself as a priority. face the reality and dont even doubt with the threats in life that are always hunting you and might fear you. thats real and you cannot run. FACE IT. not FACEBOOK it. keep to yourself that in whatever you feel, where you stand, Allah will always listen to you. ALWAYS.

i was having a conflict which really puzzled me up to choose the path of my life. im 22, and i know im not old haha.. 27 and 22 are the same because you're 20's! at this age, i just realize the goals that i want to achieve, the person that i want to be, where my life will settle down, what are the dreams that should be realities. I JUST REALIZED! and some of the people came out with their sarcastic words.... "kalau ko tukar course, bila plak ko nak habis belajar?" "bila ko nak kerja?" "bila ko nak tu?" "bila ko nak ni?".. relax lah.. chill lahhhh.. 27 and 22 takde beza la bro! we're 20's.

yeah i decided to change my course from ARCHITECTURE to MASS COMMUNICATION. totally different field, totally different and totally different what i can say! that makes up multiple different!

i could draw but my brain was not functioned to design as that is not my passion
i could continue but ended up i seriously dont want to be an architect
i could simply went to classes but my mind are empty and i didnt know why i learnt this and that.

with my stable mind, after been thinking of the same thing for every second, and after my prayers, i got the answer and what my heart told me the best.. your heart have to go along with your brain. because your brain is the one who will work. the feeling was like facing a real tsunami that would hit me and left me isolated. but i stand on my feet.. i talked with my spirit accumulated as i was very sure what i wanted in my life.. i told my parents that i wanted to change my course. weird faces and responses. i could not turn back time.. i have to hold my words and prove the people. thats all. after i settled down with the clearance in uitm and etc i filled up the form to change my course, i had this feeling which i felt that i wont get to change my course if i want to prolong my study in uitm. there was an issue with the system bla bla bla which i dont want to mess up. i decided to further my study in Segi University College, Kota Damansara. alhamdulillah, there's a bless in disguise and i have been granted with understanding and supportive parents.

everything is different here. the ambience the people circulate around me the weather and everything. i have to be really independent. with the passion in my soul the "LANTAKLAH" spirit i have to confront the traffic congestion every day.. i have to wake up extra early everyday. 6am da kena mandi and all. which in my previous uitm, mandi 15 minit before class pun okay. LOL. so, each day i have to travel from shah alam to kota damansara using NKVE and it takes me about an hour to come to class. thats fine.. im used to it. and it taught me to be punctual and patient. GILA KAU NAK HADAP SEJAM TRAFFIC JAM. eyh capslock plak. but im a person that can really wait. Alhamdulillah. after class i have to face another traffic jam. sampai rumah dah penat. im living alone in shah alam.. previously i got my cousin sister accompanied me.. but it was temporary.. and im living on my own. i dont like to go out just to eat so i cook. fortunately i can cook. thats an advantage for those who really can cook. hehe. aaaa so, facing iftar alone is not that bad. gila masak untuk makan sorang2. mcm tak lalu je makan.. tapi perut kata perlu. so makan. LOL lagi.

all of these taught me to be very independent and can think wise in every action i take. so, for the conclusion (like cewahhh) for whatever you wanted to be real in your life, you have to determine what is your goal. without goal, you just run your life for nothing. work hard on it. not all of the people in life are lucky. some of us need to strive extremely hard to achieve the goal. behind a success, there's must be a failure. and i trust that. just you have to be strong to face everything in front. as for me, i didnt get what i wanted as easy as the people thought. wise decision is the key. i want to prove that this course is not for those who are not qualified to further study in other courses, but im in this field because of my passion. whats inside me.

after all, remember that WHERE EVER YOU STAND, NEVER FORGET THE SKY ABOVE AND THE LAND WHERE YOU STAND. dont forget the people that are always be right behind you supporting you. and how much you are working to get something, that is the amount that Allah will reward you. so kalau cita-cita tinggi menggunung janganlah duduk goyang kaki tangan je. :D



p/s: happy fasting everyone.


regards,
Fatin Zulfah Alias


Sunday 25 March 2012

belum titik noktah

Bismillahirahmanirrahim.

kaku kaki dan tanganku sejuk...
mencari sinar bulan..
tidak kelihatan..seakan2 hilang.

ligat keringat berputar,
tidak tertahan waktu,
berfikir tentang sesuatu.

degup jantung kencang berlari,
berdebar menanti
menanti jawapan...sabar.

berpinar mata,
cahaya terang menerkam kornea
tatkala waktu sedang hening

ku tulis, penuh kusut,
ku tahu mereka tidak mengerti.
tertanya2 seribu pertanyaan tidak berbalas

ku berdoa, tidak terhenti melangkah
kerna semalam berlalu, hari ini pasti...
tapi esok belum tentu.

ku tercari2, tika pungguk juga mencari rembulan..
di satu saat terpaku..
ku sedar Dia ada untuk ku

aku hanya merancang, Dia yang menentukan, kerna Dia memberi apa yg ku perlu bukan apa yg ku mahu.



Saturday 24 March 2012

ikhlas hatiku

Bismillahirahmanirrahim.

Ya Rabbi, Ya Amin.
tiada siapa hanya Engkau yang memahami dukaku, yang mampu memaafkan khilafku, yang melihatku jatuh dan bangun atas izinMu, yang mampu memelihara perilaku ku dalam rahmatMu, yang sentiasa bersamaku saat tiada siapa yang bersamaku.

Ya Allah, Ya Tuhanku.
saat ku dihimpit ujian, ketika aku berdiri keseorangan, membawa hati yang penuh hening dan hiba tidak ku tahu seluas pandangan dan sekecil hati ini untuk menzahirkan apa yang terpahat. mungkin tawa kelihatan untuk menghapuskan tangis, tapi ruang hati tetap pedih dan sakit... segalanya kerna khilafku... tiada lain hanya khilafku.


Ya Rahman, Ya Rahim.
terkadang ku yakin dan ku percaya apa yang ku lakukan adalah yang paling termampu, tetapi kadang kala ku lupa ada yang lebih berjaya dan dicatatkan atas kehendak Engkau, Allah yang maha besar. dengan membawa sehiba hati ini, seikhlas dan setulus jiwa yang tersorot, bersujudlah aku memohon keampunan kepada mu di atas kelemahan hatiku dan aku memohon Engkau ya Allah menerima ampun dan maafku agar sentiasa merahmati ku, memelihara imanku melewati hari2 aku dan agar Engkau membahagiakan ku dunia dan akhirat.


Ya Allah,
mungkin takdirku bukan di dunia, tapi aku titipkan doaku agar takdirku pada kehidupan yang lebih panjang, InsyaAllah di akhirat nanti. kau pelihara lah kasihku, ikhlasku, dan doaku agar dapat memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang memerlukan. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terkandung dan yang bersarang dalam hati milikMu ini ya Allah.


ampunkan aku di atas segala kelemahan dan dosaku terhadapmu dan terhadap mereka yang ku sakiti. jadikanlah aku wanita yang solehah supaya di tempatkan bersama zulaikha, siti aisyah, siti khadijah dan nabi junjungan ku Muhammad, SAW. kau limpahkan hidupku penuh dengan ketabahan, jalan yang benar, kasihMu dan kasih mereka yang ikhlas terhadap ku, seperti mana kasih ibu bapaku menyayangiku, dan aku mohon Kau lindungilah aku di bawah rahmatmu dan Kau kuatkanlah imanku.

aku sentiasa mencari jalan yang terbaik supaya aku dapat memberikan kasihku dan hatiku hanya kepada Engkau ya Allah. sesungguhnya kasihMu tidak terbatas antara langit dan bumi yang menguasai seluruh alam ini    . jika apa yang aku temukan pada hari ini bukan milik ku ya Allah, itu adalah takdirnya, malah aku pohon Engkau berikan ku kekuatan untuk menempuhinya dan kau kirimkan aku orang yang akan mengasihiku kerana Mu.

sesungguhnya, aku ini begitu hina, namun aku mohon Engkau peliharalah orang-orang yang aku sayangi dan aku kasihi semoga turut berada di dalam rahmatMu. Engkau peliharalah mereka sebaik Engkau memelihara Muhammad SAW bersama para sahabatnya. Engkau hilangkanlah duka dan hiba di hati mereka. kurniakan bahagia dan rezeki Engkau yang maha luas itu sesungguhnya hanya Engkau yang mampu melakukannya.

ampunkan salah silapku terhadap mereka yang pernah ku sakiti, sesungguhnya mungkin aku bertindak di luar batasku... semoga Engkau turut memeliharaku dari rasa dendam dan iri hati dan semoga aku turut memaafkan mereka yang pernah menyakitiku tanpa mereka sedari. semoga Engkau pelihara jalanku agar berjaya di dunia dan akhirat.

..........................di saat kau berduka dan kau rasakan tiada sesiapa disisimu melainkan Allah, Allah itu sudah lebih dari mencukupi.


InsyaAllah.