Monday 18 March 2013

Why online shopping?

Assalamualaikum wbt.

ehemmm.. *clear throat* Bismillahirahmanirahim. Dah bersawang dah blog ni sebab x update. Memandangkan online shopping ni dah menjadi trend wanita wanitas di luar sana, apa kata kita mengomel sket pasal online shopping ni. Siapa yang dah pro online shopping ni pergi main jauh2. haha.

Sebagai salah seorang makhluk yang suka mengkaji dan online shopping, saya telah mendapati online shopping ni ada kelebihan dan kekurangan. hahah dah mcm nerdyyyy plak u olsss. nak tau kenapa? kadang2 mata kita ni dikaburi dengan gambar2 produk yg cantik2. yelah dengan concept photoshoot, dgn colour yang bold and vibrant, meleleh ayaq liuq tgk baju2, shawlsssss, handbags yang cantik2.. *lepastu meronta-ronta hentak kaki nak satu. Saya jugak telah berkecimpung shopping secara maya ni in a few years back time online shopping ni suam2 kuku lg.

ada yang telah menjadi gila kerja nak browse je semua gambo2 dan paling parah bila sampai ke pagi x tdo2 window shopping kat facebook. (cakap dengan cermin). tabiat yg tebiat ini harus dislowdownkan bergantung kepada faktor ekonomi masing-masing.

okay bila bercakap pasal kelebihan online shopping ni ramai yang terbeliak mata.. menyedapkan hati, "eh eh banyak la kelebihan online shopping ni.. so x pe la KOT"

KELEBIHAN ONLINE SHOPPING:

1. save energy. x payah nak keluar rumah penat2 jalan kat shopping mall masuk satu kedai ke satu kedai lain nak cari barang yang nak beli. boleh buat sambil baring atau makan cikedis. anda hanya perlu tunggu posman dingdong bell rumah anda dan bg barang yg anda beli. best kan? mcm pwincessss. haha

2. mostly barang2 yang dijual secara online lebih murah. sebab kebanyakkan barang di ambil dari china, korea, hadyai, bangkok dan seantero dengannya. pernah saya pergi beli online tuptup jumpa barang yang sama dekat kedai ni, and ternyata the price is further markdown. sebab apa? sebab the owner an online boutique doesnt have to bear all the costs seperti sewa kedai, air api, gaji pekerja and etc. mostly risk is on her own. paham???

3. banyak variety. anda boleh browse from one boutique to other boutique. selagi jari tu x patah, teruskan usaha anda. now instagram pulok menjadi feberet wanitas2. (luckily i dont have one because im so 2000 and 8= 2008)

4. selalu byk promotion. ini disebabkan terlampauuuuu byk butik maya yang wujud. semua nak bersaing.. so even you bg discount rm1 pun orang akan consider! bila tgk price rm 39 orang akan beli... bila orang nampak rm 40.. "eh kenapa mcm mahal je?" you know what, even rm1 je lebih, people prefer to look at the small digit. itu semua poyoooo! (kepala mcm johan).. it is mentality you knowww...

5. wujudnya online banking.. dengan adanya online banking manusia lebih mudah utk melaburkan duit, hanya klik klik klik selagi duit kau masih hadooo.. bila da habis, tengok jela ye. sekarang ni ada maybank2u, cimbclick and etc. boleh transfer inter bank or intra bank..so keselamatan korang lg terjamin daripada bawak duit berkepuk2 pegi shopping dekat mall. easyyyy yawww??

6. boleh merasa memakai barangan yang takde kat malaysia ni. contohnya, kalau nak beli barangan kat overseas tu, agak susah kalau setiap kali nak p beli, kena naik kapal terbang, tiket mahal, nak tdo mana lg.. semua pun mahal.... so boleh la go through websites ataupun individuals yang mmg jual barang2 imported. one more thing, barang yg branded lg murah kalau dibeli kat overseas. eg: LV, Gucci, D & G, _____________________________________ korang isi tempat kosong, korang mahir kan kannnn???


KEKURANGAN ONLINE SHOPPING

1. tak boleh try barang yang kita nak beli! sebab ini dunia maya, kalau nak try secara maya payah pulokkkk.. so di sinilah yang korang harus menjadi bijak.. tanyalah semua soalan yg korang nak tanya pasal barang tu sebelum beli.. this is what we call customer right. jadi customer, mentang2 ada right, jangan plak kau kurang ajo dgn seller tu. nanti x pasal2 kena blacklist..

contoh, if nak beli baju korang kena tanya few questions.. jangan nampak cantik jeeee main beli, mentang2 ada maybank2u, gaji baru masuk... korang mainnn clickkkk je. babab tangan tu nnt.

apa yang korang patut tanya??
-ukuran sebenar baju tu. tanya labuh baju berapa, size pinggang, panjang tangan and etc.. dah byk dah yg dengar orang yg complain baju kecik la tak muat la apa.. sebab tu before beli kena tanya.. dah salah nnt yg salahkan seller

-material baju tu apa? dalam gambo nampak lain, tp bila dapat lain? mcm mana tuuuuu.. so tanya siap2. ni chiffon ke cotton ke silk ke apa.. so korang boleh la buat pilihan. kadang2 kita rasa x selesa dgn sesetengah material. maybe panas ke apa.. sebab cuaca kat malaysia ni mmg dah sedia panas...

-warna baju tu apa? kena tanya! walaupun rasa soalan tu bodoh sebab seller dah mention kat caption picture tu, tp korang kena tanya. sometimes seller tu tulis, ni warna turqoise, so korang imagine nampak mcm biru2 hijau laut mcm tu.. tp bila dpt hijau. maybe disebabkan lighting. so tanya la, "turqoise ni yg macam mana ye? memang sama  dalam gambar ni ke x?". kalau seller tu jujur berniaga, dia akan jawab dgn betul. kalau setakat nak melakukan, dia iyakan je soalan tu. so belilah dekat website yang trustworthy.

2. kalau size tak kena or apa, x boleh tukar.. takkan ko nak post balik dekat seller, alamatnya mmg ko x dpt balik la. it is like once sold, cannot be returned or exchanged.

3. ramai sangat sekarang ni kena tipu! sebab tu korang kena pandai cari website. tgk customer review. berapa ramai yang dah beli. mcm mana seller serve customer dorang. ada yang amek je duit, tp tuptup sampai tahun dpn pun x smpai2 brg. bila contact x dpt, tgk2 fb dah deactivate. PLEASE make sureee yang no account and nama penjual yang korang nak  bank in tu bukanlah nama2 yang telah diblacklistkan oleh pembeli2 di dunia maya ni. make sure nama dorg sama dgn nama kat account bank tu.. after dah bayar through online or cash deposit machine, please keep the details/ receipt of your transaction sebagai bukti. kalau nak saman nak g court ke, boleh korang menang. ahha

p/s: customer pun ramai menipu.. buat2 mcm dah bayar. mentang2 seller kadang2 terlepas pandang transaction tu, ada yang iya2 dah bayar. kesian la seller tu. sebab online shopping ni is about the trust between you and the seller.

4. kadang2 barang yg di order tu smpai lambat... kadang2 sistem pengeposan tu ada problem and kadang2 seller tu sendiri yang x efficient. semua nya adalah mengenai patience! so kalau rasa x boleh sabar ke apa, jangan gatai2 pegi beli barang preorder yang ko da tau shipment barang tu 3 minggu ke sebulan ke apa. nak tunggu masuk malaysia lg.. kastam lg. semua choice tu kat tangan korang.

5. indah khabar dari rupa.. kadang2 apa yang kita nak x sama mcm dalam gambar. so inilah risk yang korang kena tanggung. sebab tu lah banyak bertanya before buat apa2 pembelian. jangan ikut nafsu je nak beli tu.. igt la risk yang kita kena tanggung sebagai customer ni. so it is better if korang boleh COD (cash on delivery. sebab korang boleh tgk barang yang korang nak beli tu mcm mana.. and kalau last minute korang x jd beli, korang ada hak utk berbuat demikian daripada menyesal terbeli salah la apa. ado paham???


okay itu je setakat ni.. nanti kita sambung lg pasal shopping2 ni k

Regards,
Fatin Zulfah Alias


No comments:

Post a Comment